Al-Fatihah buat mama tersayang.

Assalamualaikum w.b.t

16 April 2012. sapa yang dapat sangka,bila orang yang kita sayang, pergi buat selamanya.
sesungguhnya ajal maut ditangan Allah s.w.t.
habis cuti midsem. sampai Melaka pun dalam pkul 11 pagi . aku kol mama. time tu dia demam. tak cakap banyak and cakap sikit pun tercungap-cungap. aku tak expect pape. mama cakap nak pergi klinik dengan abah. dalam pukul 2 ptg camtu, abah kol, tapi adik aku yang cakap, still terngiang ayat dia. "Mama dah takdak" Allahhuakbar takda ayat yang mampu mulut ni sebut , kecuali meraung nama "Mama". bayangkan , mama hembuskan nafas yang terakhir , tapi aku takda. aku tak sempat nak mohon ampun pun. Astarghfirullahhalazim.. sedih yang amat. rasa macam dunia aku da berhenti.titik. 
Alhamdulillah,  aku dikurniakan sahabat-sahabat yang baik, yang tenangkan aku , Mr Azman yang rushing pergi beli tiket , aku balik malam tu jugak. sepanjang dalam bas, airmata ni berlumba-lumba nak mengalir. 7 jam dalam bas, macam-macam aku bayangkan. kalaulah aku boleh ganti tempat mama. aku sanggup. sedih sangat-sangat tak sempat aku nak bahagiakan arwah dengan segulung ijazah , tunaikan impian dia, harapan dia. 
sampai ja kat umah , dalam pkul 3 pagi aku masuk rumah ,ada adik-adik ,abah,akak aku and sedara-mara . aku tatap wajah mama tersayang. kucup dahi dia lama-lama. Ya Allah.. tenangnya wajah hamba yang pergi mengadapmu. mama tersenyum. cantik. tenang. sedekahkan Yassin buat arwah. dengan linangan airmata. seorang ibu yang telah melahirkan aku , telah pergi buat selamanya. Alhamdulillah , aku bersyukur , sebab semuanya dipermudahkan olehNya. sempat aku tatap arwah, kucup, mandikan, pangku jenazah. 
semoga mama tenang mengadap Illahi. yana kat sini akan sentiasa mendoakan mama n berusaha sampai Grad nanti. macam yang mama nak.InsyaAllah, walaupun mama takdak disisi. mama sentiasa dihati yana sampai bila bila. Al-Fatihah.

" Ya Ilahi kasihanilah Ibu Bapa kami – Ampunilah segala dosa mereka ya Allah – Tempatkanlah mereka ke dalam Syurga – Dan kasihanilah ya Ilahi ibubapa kami.Aminn"